Aku termimpikan ade seseorang menghulurkan segelas minuman padaku..tpi minuman itu berisi air darah ular yang baru sahaja di bunuh...ya allah apakah maksud mimpiku ini..akan tetapi selepas pada malam yang aku mimipikan kejadian ini,,2x kali ternampak2 darah di mata ku..frst sekali tyme tu aku nak minum air,tibe2 jer aku nmpak air aku nak minum tu warna merah..aku tersedak seketika..bila nak tgok balik..dah xde...sekali lagi berlaku apabila selesainya aku semayang asar..aku ingin pakai seluar..tibe2 aku ternampak darah di seluar aku..bile aku nak tgk sekali lg..dah xde..hilang macam tu saja... bile aku pk mcm main2 je ‘smthg’ tu ngn aku...tu dah satu hal...hal len lak,..pas je aku mimpi tu..tibe2 jer bibir aku jadi pecah2 n luka..nak kate panas, xminum air..dah byak aku minum air...ermm.knp la gini..akhir2 niey..aku de minum air semyang hajat yang di buat oleh haji hadi..aku dapat rasekan tanda-tanda lebam yang ada pada di tubuh aku..nmpak seperti ingin berkurangan...adakah kerana aku minum air semayang hjt ni jugak bibir aku jadi mcm niey????
saya tak nak kamoo jadi secantik rama-rama... kerana rama-rama cuma boleh hidup beberapa minggu sahaja... saya tak nak kamoo jadi seindah bulan purnama... kerana bulan purnama hanya muncul sekali dalam sebulan... saya nak kamoo jadi insan yang paling saya sayang.. yang tetap hidup dalam haty saya... sentiasa dekat di sisi saya... dan tak pernah maty dalam jiwa saya...
Saturday, 16 April 2011
tidak termakbul @ diuji lagi???
Saban hari..saban waktu aku tidak putus2 memanjatkan doa pada illahi...supaya hati aku kental dan sentiasa tabah dengan dugaan serta ujian yang diberikan..aku tahu..aku cume insan yang kerdil..yang selalu merungut tentang kehidupan..namun aku tahu hya pada ALLAH sahaja tempat aku mengadu segala2NYA...kadang2 terlintas di fikiran serta hty ini...adakah tuhan masih tidak mendengar rayuan,rintihan serta doa2 setiap malamku???? Atau adakah tuhan ingin menguji lagi tahap keimanan serta kesungguhan ku dalam mengharungi pestas dunia ini...ya ALLAH..aku mohon padaMU ya ALLAH..sesungguhnya aku tiada daya dalam melawan segala ketentuanMU...namun mengapa ini harus ku tempuhi...adakah tuhan mendengar serta mengabulkan doa org sepertiku???aku mohon agar tuhan jauhkan aku dr dia seandainya dia bukan untukku....namun seandainya dia adalah untukku...kau dekatilah dia dengan ku..kau titipkanlah kasih sayang antara kami..kau temukan lah kami dalam hubungan yang lebih diredhai...namun adakah tuhan sedang memberi jawapan dari segala doa2 ku??? Tapi jawapan daripada rangkaian mane??adakah dia mmg untukku???dan tuhan ingin dekati dia dengan ku ??? kalu tidak..mengapa sering kali aku berdoa, sering kali jua dia hadir dalam hidup ku...semakin dia dekat dengan tarikh keramatnya..semakin jiwa aku terase sakit..dan semakin jua dia menghampiri kehidupan ku..tp kenapa???adakah tuhan ingin satukan kami kembali??? Atau adakah tuhan ingin menguji ku lagi???..ya ALLAH..aku benar2 dalam dilema..aku takut..aku takut aku tersungkur lagi.....
Namun aku tahu....ALLAH MAHA MENGETAHUI...MAHA MENDENGAR DOA HAMBA2NYA...
Sunday, 3 April 2011
kad penderma Organ....
ni lah kad penderma organ yang dah selamat aku terima...
aku dah bawak kad ni merata2 dah..hehe...
kepada sahabat2...jom la join jadi penderma organ..
insyaallah..segala niat kita akan ALLAH gandakan dengan ganjarannya...
solat sekarang...
dalam keadaan telantar di katil hospital..dengan di himpit pesakit2 yang lebih teruk dariku..aku serta merta mengalirkan airmata keinsafan melihat penderitaan yang di tanggung...
dalam mengalirkan airmata..aku terdengar jeritan seorang warga tua yang di temani oleh anaknya yang solehah...aku mendengar dia menyebut kalimah ALLAH...setiap kali dia mahu berpaling untuk membetulkan keadaannya..sungguh seksa melihat keadaannya..dengan linangan airmata yang bercucuran..aku berdoa supaya ALLAH ringankan sedikit penderitaannya...
pada malam pertama tersebut..aku tak dapat tdow dengan baik..kerana aku seih melihat keadaan pesakit di tepi ku...lantas aku terpikir...
ya ALLAH..jika semasa aku sehat aku tak mampu menunaikan perintahMU..di mana ENGKAU untuk menolongku pada ketika sakitku nanti...
aku rase seolah2 diriku kerdil...mengis aku pada malam itu tiada siapa pun yang tahu..tiada siapa pun yang mengerti...
aku menangis kerana dosa2 semalam ku...
aku mengis kerana khilafku yang panjang...
dan aku mengis kerana aku pernah lupa DIA di sisiku...
di kesempatan yang ada...aku mahu...dan aku akn cube..slagi aku teguh berdiri..aku akan bangun untuk menunaikan perintahMu...
aku takut..jika waktu sakitku nanti..aku tiada daya lagi memanjat keampunan drMU..
ya ALLAH ...sesungguhnya hamba mu ni tersangat2 lemah imannya....
dOaku....
Ya Allah, ampunilah aku, sama ada apa yang telah aku mulakan dan akhirkan, dan apa yang telah aku lakukan dengan terang dan sembunyi, Engkaulah Yang Memulakan dan Mengakhirkan, Tiada Tuhan Melainkan Engkau"
"Ya Tuhanku, aku melakukan dosa pada sebahagian waktu sedangkan aku beriman kepadaMu pada setiap waktu, bagaimanakah dosa-dosa yang telah aku lakukan pada sebahagian usiaku boleh mengatasi keimananku pada sepanjang usiaku?
Ya Tuhanku, bagaimanakah aku menghalang dari berbuat dosa dengan berdoa sedangkan aku tidak melihatMu menghalang memberi dosa, jika Engkau ampunkan maka Engkaulah Maha Pengasihani, dan jika Engkau memberi azab maka Engkau bukanlah zalim"
"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan Melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku sebagai hambaMu, dan aku berjanji denganMu mengikut kemampuanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan yang telah aku lakukan, aku mengaku atas segala nikmat Engkau kepadaku, dan aku mengaku segala dosaku, ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang boleh mengampunkan melainkan Engkau"
"Aku memohon keampunan dengan Allah Yang Maha Agong, Yang Tiada Tuhan Melainkan Dia, Yang Maha Hidup dan Kekal, dan aku bertaubat kepadaNya"
"Betapa besarnya dosa kami terhadapMu dan betapa luasnya keampunanMu terhadap kami! Betapa besarnya nikmatMu terhadap kami dan betapa kufurnya kami dengannya! Betapa besarnya kebiadapan kami terhadapMu dan betapa besarnya kasih sayangMu terhadap kami!
"Ya Allah, jauhilah aku dari segala kesalahanku sebagaimana Engkau jauhkan antara timur dan barat, Ya Allah, basuhlah segala kesalahanku dengan air, salji yang sejuk. Ya Allah, bersihkanlah segala kesalahanku sepertimana dibersihkan baju putih dari
kekotoran"
kekotoran"
"Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui, terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat Lagi Maha Pengasihani, Ya Allah, terimalah taubat kami sebagai Taubat Nasuha, supaya kami dapat memperbaharui iman kami, menyucikan hati-hati kami, diampunkan segala dosa kami dan digantikan segala keburukan kami dengan kebaikan"
"Ya Allah, terimalah segala solat kami, puasa kami, bangun malam kami, bacaan Al-Quran kami dan segala amal kebaikan kami, Ya Allah, Engkau ampunkanlah segala kekurangan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Pengasihani...
Ya Allah, Yang Maha Berkuasa atas segala hati dan mata, tetapkanlah hati-hati kami dengan mentaatiMu, dan janganlah Engkau memalingkan hati-hati kami selepas Engkau memberi hidayah kepada kami, janganlah Engkau turunkan fitnah atas agama kami, jadikanlah kami pada hari ini lebih baik dari semalam, dan jadikanlah kami pada hari esok lebih baik dari hari ini, dan jadikanlah sebaik-baik umur kami pada hujungnya dan sebaik-baik amalan kami pada akhirnya dan sebaik-baik hari kami ialah pada hari kami
berjumpa denganMU...
Subscribe to:
Comments (Atom)