Genap sebulan persandingannya..
Semoga ALLAH S.W.T memberkati perjalanan kehidupan baru untuknya..aku doakan ‘dia’ terus sabar dan matang dalam mengharungi rencah alam rumah tangga..
Haty ini benar2 sayu..sayu yang disaluti tangisan..ya ALLAH adakah aku tidak redha dalam melakukan pengorbanan ini.?? melakukan pengorbanan untuk insan yang benar2 telah membuatkan aku kenal erti sayang, namun dia jualah yang mengajarku erti sebuah perpisahan..aku melepaskan dia pergi untuk selamanya hanya kerana kecurangan yang dilakukan terhadapku...namun aku tidak pasti kecurangan itu datangnya dri hty siapa...
Bak kata orang..jika kita sayangkan seseorang, tidak semestinya dia adalah milik kita..dan jika kita sayangkan seseorang, lakukanlah satu pengorbanan. Ye, setelah satu tahun ini..aku telah korbankan cinta sejati ku untuk dia. Walaupun pahit, namun aku tahu dalam pengorbanan yang tidak seberapa ini, biarlah dia merasai kebahagiaan..walaupun pada hakikat haty ini terlalu sakit untuk menerima sebuah kenyataan yang dia bukan milik ku lagi..namun aku harus akur dan menerimanya. Biarlah hary ini dia tidak pernah nampak pengorbanan yang telah aku korbankan untuknya..namun aku tahu..TUHAN sentiasa ada bersamaku..dan aku percaya satu hary nanti dia jua akan mengetahui segala2nya..walaupun pada mase itu ‘perjalanan’ hidupku telah pun berakhir...di dalam haty kecilku..sesungguhnya aku mengaku..aku masih lagi berharap dia kembali untukku..walaupun kembali hanya untuk seketika sebelum aku pergi...
