Saturday, 5 March 2011

alhamdulillah....



Sebenarnya tahun ini merupakan tahun pertama aku menjadi seorang pengikrar / pemegang kad penderma organ. Keputusan ini bukan diambil secara suka-suka tetapi aku dah lama memendam hasrat untuk menderma organ. Aku mengambil masa lebih kurang 1 tahun untuk berfikir tentang keputusan ini. Dalam masa 1 tahun itu aku bukan saje membuat bacaan tentang kempen-kempen derma organ malah aku banyak membuat bacaan tentang hukum menderma organ di dalam islam.

Sebenarnya ramai juga diantara golongan masyarakat kita ini yang menentang sekeras-kerasnya tentang pendermaan organ ini tetapi melalui sumber bacaan, aku dapati didalam islam tidak pernah melarang umatnya jika ingin menderma organ dengan niat ingin membantu. Orang-orang islam juga boleh menderma organ kepada orang yang bukan islam. Namun di Malaysia derma organ hanya akan dilakukan sekiranya si pengikrar / pemegang kad telahpun meninggal dunia. Walaubagimanapun jika ahli keluarga si pengikrar / pemegang kad tidak bersetuju organ tersebut diambil maka pihak hospital tidak ada hak untuk membantah walaupun seseorang itu mempunyai kad penderma organ. ermmmm.....macam tu la lebih kurang undang-undang di Malaysia ni......

Aku dah pun menjadi pengikrar / pemegang kad ni baru2 ni..nti aku cuba upload kad derma organ aku tuh...huhuhu..... Aku telah berhasrat untuk mendermakan jantung,buah pinggang,hati,mata aku. Aku tidak punya wang ringgit yang banyak untuk membantu tetapi mungkin apa yg ada pada aku ni boleh digunakan untuk menyelamatkan nyawa orang lain ...dan aku juga terpikir...sepanjang waktu hidupku ini..aku tidak pernah melakukan pekara yang boleh buat org lain mendapat manfaat dari aku...

Jadi, jika ada antara anda yang berhasrat untuk menderma organ boleh la mendaftar dengan Pusat Sumber Transplan Negara atau layari http://www.hkl.gov.my/content/ntrc.htm untuk info. Terima kasih :)...

janganlah rase takut....buatlah semayang hajat..istiqarah..minta petunjukNYA...insyaALLAH...


alhamdulillah syukur..akhirnya aku dapat jugak kad tu...pada 26.03.2011...aku telah menerima sepucuk surat dari transplan..walaupun ketika itu aku terlantar di hospital kuala krai kelantan kerana pada awl nya aku di syakki sakit apendix...chek punyer chek...akhirnya keputusan doktor mengesahkan aku sakit buah pinggang..subhanaALLAH..maha suci ALLAH...aku terima lagi ujian dariMu...syukur alhamdulillah...walaupun hati ini mengeluh sebagai manusia...tapi aku redho ya ALLAH...
dengan adanya kad ini..aku semakin rasa dicintai oleh ALLAH..perasaan aku tersangat puas apabila menerima sekeping kad 'donor' tersebut....
aku tahu..ramai yang tidak menyokong keputusan ku..tapi aku tahu ALLAH itu maha mengetahui akan hal itu...ya ALLAH andainya keputusan yang ku ambil ini adalah terbaik untukku...permudahkanlah perjalanan urusan itu nanti...
kepada 'sahabat' ku...yang sgt2 ku sayang..jgnlah kau bersedih dengan keputusan ku...teruskanlah menyokongku...aku perlu kamu dicc ku....







No comments:

Post a Comment