Mungkin Tuhan sengaja mahu aku berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila aku akhirnya menemui insan yang betul, aku akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya aku akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan aku tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk aku.
“Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami”.
Memang benar yang aku tidak akan tahu apa yang telah aku punyai sehinggalah aku kehilangannya dan juga benar bahawa aku tidak tahu apa yang aku rindukan sehinggalah 'ia' datang kembali.
“Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.”
Semoga aku memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri aku menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan aku kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan aku adalah seorang insan dan harapan yang cukup Untuk membuatkan aku bahagia.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
“Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.”
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan kasih sayang dan berakhir dengan tangisan. Tangisan yang kebiasaannya berpanjangan..seperti aku dalam tangisan yang belum pasti di mana kesudahannya..
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. aku tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga a ku melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa aku dilahirkan, aku menangis dan orang di sekeliling aku tersenyum. Aku perlu Teruskan hidup ini supaya apabila aku mati nanti, akulah yang akan tersenyum dan orang sekeliling aku pula yang akan menangis. Andainya Bingkisan ini aku tinggalkan untuk hari esok, biarlah bingkisan ini menjadi ‘semangat’ untuk ‘mereka’ yang pernah ‘terluka’ sepertiku... |
No comments:
Post a Comment