Wednesday, 23 February 2011

~~carilah KETENaNGAN jiWA~~~

Semua manusia tak kira apa bangsa, agama, atau Jantina akan berdepan dengan maslah & dugaan.
Bezanya setiap kita menerima ujian yang berlainan.
Apa yang membuat kan kita menerima sesuatu dugaan itu tidak perlu lah di pertikaikan.
Kerana kita adalah milikNya. 'DIA' yang mencipta segalanya.
Tugas kita hanya mengikut & mentaati apa yang diperintahkan oleh-Nya.
Dugaan menetapkan iman sesorang itu berada disesuatu tahap.
Itu yang membezakan kita, samada kita ini boleh mengangai sesuatu masalah dengan baik atau sebaliknya.
Apa yang selalu dilakukan oleh seseorang itu apabila ditimpa masalah & dugaan dari 'ALLAH'?
Ada diantara nya menyalahkan ketentuan yang sudah tertulis itu.
Tidak dapat menerimanya dengan sebaik mungkin.
 Hingga mengakibatkan gangguan jiwa hingga mengaikatnya dengan perkara2 yang syirik & sihir.

Pada aku, memang ianya akan melibatkan gangguan jiwa jika kita tidak tahu mengatasinya.
Mudah sahaja jawpannya, Pada aku Solat merupakan ubat bagi masalah ketengan jiwa
akibat dari musibah yang  menimpa diri kita.
Berwuduk menyejukkan anggota badan kita dari melakukan perkara yang tidak elok.
Solat, Menenangkan kita dari segala masalah.
Kerana setiap pergerakan dalam Solat itu membawa maksud yang tersendiri.

Tidak kira lah sebesar mana atau sekecil mana pun masalah yang menimpa kita.
Bila kita bersolat, berdoa memohon petunjuk dari 'ALLAH s.w.t'
Insyallah 'ALLAH' akan membantu kita memberi petunjuk untuk kita menyelesaikan masalah/dugaan.
Jangan lah pula hanya melaksankannya ketika kita ditimpa bencana.
Bila dah senang kita lupkannya pula..
Sentiasalah kita melaksanya sperti yang diperintahkan oleh 'ALLAH s.w.t'

Selamat beramal & mendapat keberkatan dari setiap amalam kita
Inysyaallah 'Amin"

Tuesday, 22 February 2011

~~jAngan Buat orG YANG MEnCINTAI KAmoo KECEwA...~~~

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya
hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap
menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain
lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu
sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu,matanya pasti berkaca. kerana saat
bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa
pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia
ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon
untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan
mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi
baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung.
Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran
yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau
mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar
mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari
kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak
pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,
kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.



~~keleBihan memBAca AL-QURAN & bERZIKIR~~

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Rumah yang jika dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan ada pun rumah yang tidak dibaca di dalamnya al-Quran dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat. Tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar: Apakah gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula: “Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.”

Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda: “Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Sebenarnya segala-galanya berbalik pada hati kita ini. Sebab itu kita perlu banyak berdoa agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT. Hanya dengan doa barulah kita boleh khusyuk dan cubalah amalkan doa ini yang mafhumnya: "Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."

Selain pahala dan rahmat Allah yang kita perolehi dari membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kita juga akan menambah ilmu pengetahuan agama, menguatkan iman, menempa ketenteraman, menghapuskan dari hati segala perkara yang merungsingkannya. Ini adalah mujarab bagi orang yang biasa membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah Ta’ala, kerana al-Quran dan zikrullah itu menjadi jampi dan penawar bagi semua penyakit hati dan ketidak-tenteraman jiwa dan fikiran.

~~kita kongsi & renung bersama~~

fadhilat kebaikan dan keistimewaan solat malam.
Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.
Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.
Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.
Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-
* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”
Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).
Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).
Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, “Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”
Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).
‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).
Wassalam.

Monday, 21 February 2011

~~ayat2 nabi untuk panduan kita~~~

رَبّنا ظَلَمْنا أَنْفُسَنا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنا وَ تَرْحَمْنا لَنَكونَنَّ مِنَ الخاسِرينَ
“Keduanya berkata: Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.”[2]


[al-a'raf+89.jpg]
Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim"
(Al-A'raf : 89)




~~buatmu sahabatku~~

sAHAbAT....

Yaakub dipisahkan dari anaknya Yusuf..
Yusuf diperdayakan perempuan..
Ayub ditimpa penyakit yang parah..
Daud & Sulaiman kena bermacam-macam fitnah..
Demikian juga Zakaria & Yahya, yang memberikan
jiwa mereka untuk korban keyakinan..
Muhammad lebih2 lagi..
Pernahkah mereka mengeluh ?
Tidak, kerana mereka yakin bahawa kepercayaan
kepada Tuhan menghendaki perjuangan & keteguhan..

(Prof. Dr HAMKA)
Nilai p’sahabatan tidak akan cair di musim panas,
Tidak akan beku walau di musim sejuk,
Tidak akan luruh di musim hujan,..
Tp akan sentiasa mekar walaupun bukan di musim BUNGA.
PERSAHABATAN Itu terbina atas ranting KEJUJURAN,
Bertunjangkan KASIH SAYANG,
lalu membuahkan KEMANISAN IKATAN,
Jika terpesong,….
Maka, patahlah rantingreputlah akar
Lalu rosaklah buah..





akhirnya.....

salam...
hari ini 21/febuari/2011....tercapai hasrat aku untuk mengisi borang transplan...
alhamdullilah...akhirnya tercapai juga niat ku...:)
dalam kesedihan aku xdapat jawaab mid international marketing td..jelas tepapar kegembiraanku setelah aku siap mengisi  dan menghantar borang transplan tesebut. kini aku hanya tunggu kad pengesahan sampai di rumahku di kampung pulau kerengga...bedebar juga hati ini kerana mak ayah belum tahu dengan sah lagi hasrat hati aku itu..hope2 diorang xmenghalang..ini bukan lg main2 untuk aku kali ini...ini semua dah buat aku teruja...ya ALLAH..ku harap segala perancangan ini berjalan dengan sebaik mungkin....serta niat iklas ku ini tidak terpesong....
bertapa aku rase puas setelah mengisi borang tersebut....aku pun x tahu kenapa punyai perasaan ini..ya ALLAH,..besarnya nikmatMU...

Sunday, 20 February 2011

~~tanda2 vs kejadian aneh berlaku padaku~~














ni antara tanda2 dan kejadian aneh yang berlaku atas diriku setelah aku disah aku punyai penyakit misteri...ade lagi beberapa gmbar yang aku x upload..seperti kesan lebam di perut n di dada aku...(malu nk tnjuk)..huhuhuhu

mimpi itu....

pada 23.januari.2011....malam yang masih bersisa untukku...
mlam tersebut adalah malam kedua aku dibawa pulang dari politeknik kota bharu oleh kedua ayah n ibuku...aku mndapat tahu yang aku tidak sedarkan diri..penyakit misteri itu berulang kembali. pada asalnya terjadi semasa aku pulang dari asrama politeknik. selepas itu aku mula rase sakit kepala yang teramat sangat sehingga tidak sedarkan diri...
dipendekkan cerita...sampai je aku kat kampung..aku menerima rawatan secara tradisional dari seorang ustaz yang dikenalai sebagai pok ya...semasa dalam proses perubatan ku..aku xsedarkan diri dan aku tidak tahu menahu ape yang telah terjadi pada aku....
selepas 2hari menerima perubatan tersebut...jatuh satu malam aku bermimpi...aku berlawan dengan 3ekor ular...ULAR???? menurut apa yang pernah aku search sebelum ni..kalau kite dapat mimpi tntg haiwan berbisa lebih2 lagi ular..bermakna..ade seseorang sedang menghantar sihir santau kepada kite..sejauh mane kebenaran tersebut??ALLAHUAHLAM....
dalam mimpi tersebut aku berlawan dengan 3 ekor ular yang sangat2 besar..namun aku akhirnya tewas dengan 2ekor ular.sekor dapat aku bunuh..dan 2 ekor lg aku tidak dapat menekamnya...selepas pada hari tersebut..tubuh ku sehingga hari ini akan terase sakit2...yA ALLAH...berikan aku kekuatan untuk melawan semua ini......

baik2 sayang....love u my sis...


Aku tak ingin kau menangis bersedih..
Sudahi airmata darimu…
Yang aku ingin erti hadir diriku,
Kan menghapus dukamu sayang..
Krna bgku..kau kehormatanku..
Dengarkan..dgrkan aku..
Hanya satu pintaku..
Untukmu dan hidupku..
Baik2 sayang….
Ada aku untukmu..
hanya satu pintaku..
di siang dan malamku..
baik2 sayang..kerna aku untukmu..
semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku sayang…
krna bgiku..kau kehormatanku..
dengarkan..dengarkan aku….:)

bukti menjadi saksi untuk kakak kesayanganku....

Norazilla bt abu bakar
359 kg pulau kerengga
21600 marang ,
Terengganu

Noriza bt mamat
Lot 12460,
Jalan Kubang Jele,
Taman Manir Indah,
21200 Kuala Terengganu.

Kak,
BUKTI MENJADI SAKSI
2. Saya seperti nama di atas ingin membuat pengakuan bahawa saya dengan keadaan sedar serta mempunyai kewarasan dalam berfikir ingin membuat pengakuan bahawa saya dengan rela hati ingin mendermakan segala organ serta tisu milik saya dipindahkan kepada seseorang yang memerlukan pada suatu hari nanti jika berlaku perkara yang tidak diingini ke atas saya.
         3. Dengan ini saya mengesahkan dengan rela hati noriza bt mamat sebagai seorang ahli keluarga bagi saya yang bernama di atas untuk menjadi saksi kerelaan hati saya.
         4. Sehubungan dengan itu,saya norazilla bt abu bakar,(900823-11-5786) mengakui segala keterangan yang diberikan adalah berdasarkan hati dan bukannya satu paksaan.
         5.Dengan ini surat ini saya serahkan kepada yang bernama adalah untuk dijadikan sebagai rujukan serta sebagai bukti umum jika yang bernama ingin kemukakan hasrat saya. 
Yang benar,
(norazilla bt abu bakar)

perjalanan hidup seorang pesakit misteri.....

Assalamualaikum...
Telah banyak aku mendengar tentang sihir,santau serta perbuatan yang terkutuk yang menyekutu ALLAH S.W.T...namun aku tidak pernah mempercayai kewujudan kisah2 tersebut sehinggalah menimpa diriku sendiri..dulu kisah-kisah yang dipaparkan pesakit sihir,santau ku anggap seperti satu cerita dongeng yang hanya untuk memenuhi ruangan majalah yang ada. Tapi hari ini aku sendiri yang dulu menganggap kisah pesakit sebagai dongeng semakin galak ingin membaca lagi..ini kerana aku yang dulu terlalu tidak percaya tntg sihir,santau kini percaya kerana aku kini adalah salah seorang di antara pesakit daripada perbuatan terkutuk itu...subhanaALLAH....

Perjalanan kesakitanku dirasai pada 21.06.10...adalah satu-satunya tarikh yang telah menjerumus aku ke dalam kesakitan sihir santau. Kenapa aku yang menjadi mangsa???Persoalan tersebut sering kali berlegar di fikiran ku. Namun sejauh mana pun pertanyaan itu aku utarakan, tiada siapa yang mampu menjawabnya. Hanya ungkapan “sabar” yang aku selalu terima. Pada 21.06.10 bermulanya satu kisah yang amat menyedihkan buatku...pada saat itu aku ternampak satu lembaga yang tidak pernah aku temui menjelma di depanku. Sejak dari itu,badan aku mula sakit2 dan berasa tidak tenang hati. Apa yang aku lihat itu adalah khayalanku atau realiti????

Sakit sihir tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun aku merasai dengan cara yang sangat kasar. Sakit nya hanya DIA saja yang mengetahui. Perjalanan hidup seorang yang begelar pesakit lebih-lebih lagi penyakit misteri sangat merusingkan orang seperti aku.....