Sunday, 20 February 2011

perjalanan hidup seorang pesakit misteri.....

Assalamualaikum...
Telah banyak aku mendengar tentang sihir,santau serta perbuatan yang terkutuk yang menyekutu ALLAH S.W.T...namun aku tidak pernah mempercayai kewujudan kisah2 tersebut sehinggalah menimpa diriku sendiri..dulu kisah-kisah yang dipaparkan pesakit sihir,santau ku anggap seperti satu cerita dongeng yang hanya untuk memenuhi ruangan majalah yang ada. Tapi hari ini aku sendiri yang dulu menganggap kisah pesakit sebagai dongeng semakin galak ingin membaca lagi..ini kerana aku yang dulu terlalu tidak percaya tntg sihir,santau kini percaya kerana aku kini adalah salah seorang di antara pesakit daripada perbuatan terkutuk itu...subhanaALLAH....

Perjalanan kesakitanku dirasai pada 21.06.10...adalah satu-satunya tarikh yang telah menjerumus aku ke dalam kesakitan sihir santau. Kenapa aku yang menjadi mangsa???Persoalan tersebut sering kali berlegar di fikiran ku. Namun sejauh mana pun pertanyaan itu aku utarakan, tiada siapa yang mampu menjawabnya. Hanya ungkapan “sabar” yang aku selalu terima. Pada 21.06.10 bermulanya satu kisah yang amat menyedihkan buatku...pada saat itu aku ternampak satu lembaga yang tidak pernah aku temui menjelma di depanku. Sejak dari itu,badan aku mula sakit2 dan berasa tidak tenang hati. Apa yang aku lihat itu adalah khayalanku atau realiti????

Sakit sihir tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun aku merasai dengan cara yang sangat kasar. Sakit nya hanya DIA saja yang mengetahui. Perjalanan hidup seorang yang begelar pesakit lebih-lebih lagi penyakit misteri sangat merusingkan orang seperti aku..... 

No comments:

Post a Comment